1.1.15

    Whoa! Dah tahun baru! 2015!

    Selamat tahun baru untuk diri sendiri dan by any chance, sesiapa saja yang baca blog ini.

    Tahun lepas menyaksikan saya menjadi seorang yang pemalas dan tidak produktif. Saya ada cuba menulis beberapa buah cerpen tetapi diabaikan. Saya ada tulis sebuah lagi novel kanak-kanak (bahkan editor di karnadya sendiri pun dah bagi greenlite) tetapi saya mengambil masa terlalu lama untuk menulis. Bukan kerana tiada idea. Tetapi malas! Terlalu banyak distraction yang saya perlu hadapi (dan saya enjoy) tahun lepas. Anak-anak, movies, that bloody youtube, dunia bawah laut, komik, manga bla bla bla. Kenyataan ini menakutkan saya! Kerana seseorang (seperti biasa, dari internet) pernah berkata, kalau kita malas menulis, mungkin kita memang dari asalnya memang bukan penulis! Wow! Sentap sekejap.

    Jadi bermula lewat 2014, saya cuba menulis semula dengan konsisten. Sebab Stephen King pernah cakap/tulis, kita takkan dapat rasa nikmat menulis kalau kita tak menulis hari-hari. Target saya 1000 patah perkataan sehari. Seperti biasa, awal-awal ni memang susah. Kadang-kadang 200 patah, kadang-kadang 1200 patah. Tapi yang penting, saya akan cuba menulis tiap-tiap hari.

    Seperti biasa juga, tiap-tiap tahun, saya akan berazam untuk berhenti rokok. Rokok celaka ni memang susah nak tinggalkan. Tapi kali ini, saya akan cuba berhenti dengan ilmu. Tiada lagi berhenti guna chewing gum nikotin, E-Cigarette, atau patch. Saya akan berhenti sejuk beku disulami dengan ilmu yang kebanyakannya saya dapat di http://www.whyquit.com

    Macam orang lain juga, tak susah pun nak berhenti katanya. Cuma yang susah bila keluar minum dengan kawan-kawan. Jadi saya belajar dari whyquit yang membuatkan kita rasa susah berhenti apabila kita keluar minum dengan kawan, rasa nak mintak rokok apabila orang hisap, adalah kerana nikotin yang merangsang dopamine. Itu saja. Tiada sebab nostalgic, tiada sebab release tension, hanya kerana menunaikan hasrat badan yang perlukan dos nikotin.

    Satu perkara penting yang saya belajar kali ini ialah NEVER TAKE ANOTHER PUFF! Bukan sekali dua saya dah berhenti rokok. Paling sekejap seminggu dan paling lama setahun (tahun 2007). Tapi apabila sudah lama berhenti dah rasa nikotin dah tak ada dalam badan, masa ni apabila keluar minum dengan kawan (biasanya kawan yang jarang-jarang jumpa), dia akan hulurkan rokok. "Ah, hisap sebatang tak ada masalah," itulah yang selalu saya kata.

    Betapa silapnya saya. Dua hari selepas itu, Dunhill 20 ada semula dalam poket. Selepas dah berhenti setahun! Jadi, jangan pandang rendah pada sebatang rokok!

    Tahun 2014 juga menyaksikan novel awal remaja saya (Kaki Komik) diterbitkan oleh karnadya selepas dua cerpen saya sebelum ini diterbitkan karangkraf. Mula-mula memang exited. Tetapi lama-lama dah tak rasa sangat exited. Tapi perasaan tu diganti dengan perasaan 'nak buat novel apa lagi lepas ni?', 'genre apa?', 'boleh terbit lagi tak lepas ni?' dan bermacam-macam perasaan lain yang bercampur baur. Sebenarnya 'Kaki Komik' bukan novel pertama saya. Sebelum itu saya ada buat sebuah novel saifai. Tetapi selepas tulis dah lebih dari separuh, saya rasa ceritanya semakin tak masuk akal dan semakin susah ditulis. Karakternya pula tiada jiwa. Pendek kata, saya tak rasa seronok menulisnya. Lebih memburukkan keadaan, proposal saya untuk terbitkan novel itu juga direjek selepas dua kali berhubung melalui email. Kali pertama, diminta untuk mengubah beberapa watak dan sedikit jalan cerita. Kali kedua, direjek terus! Jadi saya hentikan projek novel saifai saya itu. Mungkin jika ada semangat baru, saya sambung balik ceritanya.

    Jadi, itu sahajalah cerita dan derita sepanjang tahun 2014. Sudah tentu masih banyak lagi yang saya tak tulis, seperti bagaimana saya dah jatuh cinta pada aktiviti skin diving dan bercita-cita untuk jatuh cinta pada scuba diving pula. Dan cerita bagaimana saya menjual kamera kesayangan saya yang rosak dengan harga 200 ringgit dengan impian ingin beli yang baru - tapi sampai sekarang masih tak mampu nak beli yang baru.

    Apa-apapun, semoga tahun 2015 membawa bersama rezeki, rahmat, ketenangan, kerajinan, kesihatan dan segala perkara positif kepada kita.

    Oh, ya. Selamat menyambut Maulidur Rasul juga! Allahusolli ala Muhammad. Wa ala aali Muhammmad.

  Jumpa lagi.

1 comment:

  1. Salam. Syukur alhamdulillah. Bersempena tahun 2015 ni akhirnya dapat jua membaca entry ringkas di blog ni. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...