19.5.14

Ke Pulau Kapas (Lagi dan lagi...)

MENYEDARI yang saya telah took for granted kelebihan saya bekerja di Marang, Terengganu iaitu dekat dengan Pulau Kapas, saya mula mengorak langkah untuk membiasakan diri ke sana. Ternyata tahun ini saya paling aktif ke Pulau Kapas. Saya tidak mahu apabila saya bertukar tempat kerja, saya mula menyesal kerana tidak meneroka tempat yang sangat cantik ini. Dan ia terhidang 15 minit perjalanan di depan mata!

Jika dikira untuk setengah tahun pertama ini, saya sudah ke sana sebanyak lima kali dan saya masih tidak puas lagi! Isteri mula bertanya, "kenapa kerap sangat ke sana? Ada bini nombor dua ke kat sana?" Saya hanya tersenyum. Susah untuk menerangkan dengan kata-kata bagaimana indahnya keajaiban Allah apabila kita mula meneroka lautan cetek bertemankan ikan-ikan sambil melihat batu-batu karang yang pelbagai jenis dan warna. Seperti terbang di planet marikh!

Saya rasa tak perlulah saya ceritakan satu-persatu tentang perjalanan saya ke sana. Mungkin lebih elok jika saya rangkumkan semuanya dalam satu entri sahaja.


Pulau Kapas tak seperti pulau-pulau lain kat terengganu yang lebih happening dan lebih banyak resort besar-besar. Kat sini hanya ada chalet-chalet yang berpatutan harganya. Kalau pergi ke jeti marang, bolehlah survey kat situ. Biasanya rate antara chalet-chalet lebih kurang je. Kalau bilik yang ada aircond biasanya RM seratus lebih hingga 200RM. Kalau yang takde aircond pula biasanya RM80-100. Kalau yang macam asrama pulak biasanya RM30 hingga RM40.

Ketika kawan-kawan saya datang dari Kajang, kami pilih untuk duduk kat Makcik Gemuk sebab biliknya yang paling murah ialah RM40 (bilik air kat luar, plug untuk charge telefon pun kat luar. No TV). Kami berempat, jadi boleh sewa dua bilik. Sorang baru bayar RM20. Itu lebih berbaloi daripada duduk kat dorm yang harganya RM30 untuk satu kepala.

Kami juga pilih Makcik Gemuk sebab saya yang dah beberapa kali ke sana macam dah OK dengan staf kat sana. So, kadang-kadang kalau nak sewa snorkeling gear ataupun kayak, diorang kira cincai-cincai je. Lagi satu kalau kita minat offshore snorkeling, pantai depan resort Makcik Gemuk ni paling sesuai. Teruskan saja snorkeling dari pantai Makcik Gemuk dalam 20meter dari pantai menghala ke Qimi Chalet, dah macam-macam batu karang yang kita boleh tengok. Cuma hati-hati jika air laut cetek kerana kat situ memang airnya cetek. Boleh luka jika kena batu karang dan lebih penting lagi, boleh merosakkan haiwan batu karang ini. (p.s : Batu karang haiwan atau tumbuhan? :) )

Ketika bersama kawan-kawan dari Kajang yang semuanya kecut perut sebab driver bawa bot macam nak merempit.

Apabila kawan saya dari Jerteh, Terengganu datang untuk mengambil gambar di Pulau Kapas, saya juga tak lepaskan peluang. Tapi malangnya D40 saya sudah rosak jadi saya hanya dapat sentuh-sentuh sajalah kamera Canon 6D dia yang bersamaan gaji saya selama 4 bulan tu. Sempat juga kami ke sini dua kali untuk mencari sunset. Gambar yang diambil kawan saya itu sangat cantik! Malangnya sampai sekarang dia masih belum upload dalam flickr-nya. Mungkin beliau sibuk.

Cikgu Kamal dari Jertih sempat posing time ambil gambar. Beliau juga seperti saya, duduk berdekatan jetti (jarak rumahnya dengan jeti Pulau Perhentian adalah 15 minit sahaja), tetapi tidak pernah ke Pulau Perhentian. Tapi kami sudah plan untuk ke sana tak lama lagi.

 Depan bilik Makcik Gemuk yang serba kekurangan. No aircond, no TV, no plug, Tapi kami bukan nak duduk berkurung dalam bilik. Kami nak main air laut!

Bergambar dengan shade pasar malam sebelum main air dengan geng-geng dari Kajang.

 Ok, masa untuk snorkeling. Thanks kat Adzha sebab sempat snap gambar ni. Dia guna waterproof casing murah yang dia beli kat aliexpress.com untuk letak hanset dia. Ok jugalah kualiti gambarnya. Malangnya tak sempat ambik banyak gambar sebab bateri hanset habis.

 Ni je gambar ikan yang sempat ambil. Banyak rupanya clown fish @ nemo kat sini. Kat mana ada batu karang jenis anemone ni, kat situlah dia ada. Anemone juga banyak kat sini, kena pandai cari dan meneroka lah. Lagi satu jangan snorkel dekat sangat dengan pantai. Cuba pegi jauh sedikit dalam 20 meter. Tapi jangan lebih dari 'pelampung amaran'. Banyak variety batu karang dan ikan yang kita boleh tengok. Kesilapan orang kita ialah sibuk sangat nak 'main-main' dengan ikan dan bagi makan ikan sampai tak explore lebih jauh lagi untuk lihat keindahan ciptaan Allah yang sangat menakjubkan. (Pure environmentalist juga tidak galakkan kita bagi makan ikan sebenarnya. Sebabnya? Menggalakkan pembiakan satu species ikan sahaja iaitu ikan jenis predator manakala ikan low profile seperti ikan jenis herbivor pula akan mula berkurangan.)

Kalau pergi dengan pakej, biasanya dia akan sediakan bot untuk ke tempat yang lebih bagus untuk snorkeling (biasanya di antara Pulau Gemia dan Pulau Kapas) tetapi kalau datang tak guna pakej pun boleh pergi sana. Jalan kaki je dalam 20 minit boleh sampat ke pantai belah sana (setentang pulau gemia) dan boleh mula snorkeling dengan riang.

Apabila matahari dah mula jatuh, boleh buat aktiviti lain seperti main kayak. Kali terakhir saya berkayak adalah 16 tahun lepas di tasik kenyir. Jadi saya agak takut-takut sebenarnya kali ini. Namun apabila sudah mula berkayuh dan endorfin sudah mula terembes. Rasa sangat seronok dan relax. Kami berkayuh dari resort Makcik Gemuk ke Pulau Gemia dengan selamba. Apabila dah sampai kat Pulau Gemia barulah cakap sesama sendiri, "biar betul jauh macam ni kita berkayuh," dengan nada sedikit tak percaya dan riak.

Aktiviti malam kat sini tiada apa yang menyerokkan. Biasanya orang kat sini akan cari makan kat kedai-kedai makan dan balik tidur sahaja. Kalau nak buat unggun api kena minta kebenaran dengan pemilik resort dulu. Tapi kalau kat Harmony Camp site tak tahulah macamana. Harmony camp site bagi kita sewa tapak untuk kita pasang khemah kat sana dengan harga RM10. Tapi lupa nak tanya RM10 untuk seorang ke RM10 untuk satu khemah. Dia bagi access tandas dan bilik mandi. Ok jugalah kalau minat camping.

Tips :
  • Kalau nak ambik gambar dalam air, belilah waterproof casing yang berkualit sikit. Memang ada yang murah dalam RM20, tapi biasanya air akan masuk selepas 14 minit. Boleh cuba brand DiCaPac. Rasanya brand ni yang paling bagus.
  • Kalau waterproof casing tu untuk handphone yang skrin sentuh, memang biasa kalau kita tak dapat touch bila dalam air. Jadi nak ambil gambar dalam air memang payah. Penyelesaiannya, ambil video. Rekod awal-awal kemudian baru menyelam dan rakam sebanyak-banyaknya. Kemudian boleh capture balik gambar yang kita berkenan dalam PC atau dalam telefon tadi. Mungkin resolusinya tidak sebagus camera 5 megapixel. Tetapi lebih baik ada daripada tiada langsung. Untuk hanphone yang lebih canggih, mungkin ada mode rekod 1080p yang lebih bagus untuk screen capture.
  • Kalau taknak juga ambil video, boleh gunakan volume button kat hanphone kita untuk snap gambar. Option ini boleh didapati untuk pengguna android KitKat. Tapi android 4.1 ke atas juga boleh download software kamera ini atau kamera dari third party publisher.

OK. Itu ajelah kot. Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...