8.8.11

Saya [cuba] boikot Baziir Ramadhan

SAYA tidak tahu dengan kamu. Tetapi tahun ini, saya akan cuba untuk memboikot bazar ramadhan. Bukan tidak mahu menyokong orang Islam berniaga. Jauh sekali dengki dan iri hati dengan keuntungan lipat ganda yang diperolehi mereka. Tetapi bagi saya, biarlah ramadhan kali ini disambut sederhana. Terasa sangat hilang seri ramadhan apabila melihat lambakan kuih muih dan lauk pauk yang beraneka ragam dan beraneka ringgit dipaparkan di dada-dada akhbar seolah-olah itulah budaya kita menjelang ramadhan. Budaya Makan.



Bukan bermakna saya tidak suka makan. Saya juga suka makan. Tetapi nafsu kita apabila menjengah bazar ramadhan memang tidak diduga. Ada itik panggang yang dijual hampir RM40 dan ada juga kambing salai yang harganya RM40. Itu belum masuk lagi kuih puih yang membeli satu jenisnya sahaja tidak mungkin cukup. Tidaklah saya mahu berceramah tentang kelebihan bersedekah dan keburukan membazir pada bulan ini kerana semua kita sudah sedia maklum tentang hal itu.

Namun sekurang-kurangnya, hati kita akan insaf apabila melihat gambar di bawah ini.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...