19.8.11

Bounce flash dengan harga yang paling murah.

PERBEZAAN paling ketara antara built-in flash dan external flash adalah keupayaan external flash untuk bounce cahayanya ke siling.

Baiklah, sebenarnya perbezaan yang PALING ketara antara built-in flash dan external flash (atau speedlight) adalah harganya. Dengan harga speedlight yang paling murah adalah RM400 hingga mencecah RM1800, hanya profesional yang berbaloi untuk memilikinya. Bagi golongan marhaen seperti saya, saya hanya memerlukan speedlight untuk bounce flash sekali sekali ketika mengambil gambar indoor anak-anak. Jadi adalah tidak berbaloi untuk saya membelinya.

Jadi bagaimana saya nak bounce flash ke siling?

Gunakan cermin, tentunya. Ada juga yang menggunakan tin foil, atau kertas timah kerana lebih ringan dan mudah didapati, tetapi saya tidak pernah cuba. Lagipun bagi saya, pantulan yang terhasil kurang powernya jika tidak menggunakan cermin. Pada mulanya saya menggunakan cermin daripada alat solek isteri saya yang sudah tidak digunakan. Tetapi saya dapati pantulannya, walaupun agak kuat, tetapi selalu tidak sekata. Cermin yang saya gunakan juga agak berat dan susah untuk di lekatkan kepada buit-in flash kamera saya itu.

Kemudian, saya terpandang satu cermin cembung yang biasanya ditampal pada cermin sisi kereta untuk mengelakkan blind spot. Saya beli sepasang tempohari dan saya hanya gunakan satu. Jadi saya cuba gunakan cermin ini sebagai pantulan. Hasilnya bertambah baik. Kelebihannya ialah, ia ringan dan cerminnya cembung. Jadi serakan cahaya yang dipantulkan lebih sekata. Cermin itu kelihatan seperti ini :-

Kalau dekat MydinMall, hanya RM5 sepasang.

Saya attachkan cermin ini hanya menggunakan kertas yang digulung dan hanya selitkan cermin ini padanya. Kosnya hanya RM0. Mungkin kamu boleh gunakan benda lain yang lebih nampak bergaya seperti getah gelang atau gam cap gajah. Tetapi biasanya, hasilnya seperti di bawah ini :-


Kekurangannya ialah, gambar hanya boleh diambil secara horizontal. Tetapi speedlight yang berharga RM400 juga boleh mengambil gambar secara horizontal juga! Hanya speedlight yang berharga RM1800 yang boleh tilt dan swivel kepalanya.
Berikut adalah contoh-contoh yang diambil untuk menerangkan perbezaannya.

Tanpa flash.

Dengan built in flash, tembak direct.

Dengan built in flash, bounce ke siling menggunakan cermin yang kosnya tidak sampai RM5.

Perlu diingatkan, meter iTTL kamera anda akan pening kerana flash anda sudah diubahsuai. Namun begitu, anda boleh menggunakan setting manual atau gunakan sahaja menu exposure compensation. Jika masih tidak memuaskan, flash compensation juga boleh digunakan.

ps : Minta maaf jika penggunakan model yang tidak sesuai dan agak moody. :)

Selamat mencuba dan selamat beramal! :)

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...