26.6.11

My Second E-Book Reader

SAYA sentiasa inginkan sebuah e-book reader. Pertama, kerana ia senang dibawa dan dibaca tanpa kelihatan seperti seorang ulat buku (lagipun saya bukanlah ulat buku sangat pun). Kedua, kerana ia digital. Jadi saya boleh masukkan sebanyak mana buku yang termuat oleh memorinya (walaupun untuk membaca kesemuanya hampir mustahil).

Namun begitu pilihan yang saya ada sangatlah terhad. E-book reader berjenis e-ink masih lagi mahal dan memerlukan cahaya yang bagus untuk membacanya dalam bilik tidur. Isteri saya perlukan total darkness untuk tidur, jadi lampu meja atau lampu membaca juga tidak dibolehkan. I-tablet (iPad, galaxy dan sebagainya) pula sangatlah mahal dan saya juga tidak tahu adakah saya akan masih lagi membaca e-book atau bermain angry birds jika saya ada sebuah iPad.

Jadi akhirnya saya membeli sebuah telefon bimbit biasa. Walaupun telefon berjenis touch screen mempunyai screen yang lebih besar, cadangan asal untuk membeli sebuah telefon berjenis touch screen terpaksa dibatalkan kerana memikirkan baterinya yang tidak tahan lama. Saya tidak mahu mengecas bateri setiap 12 jam.

Namun begitu, saya berterima kasih kepada Svetlin Ankov kerana memberikan saya pengalaman membaca e-book di telefon bimbit seperti membaca e-book sebenar. Perisian java yang diberi nama Albite Reader boleh dicapai di sini : http://albite.vlexofree.com/reader

Ini adalah e-book reader kedua saya. Sebelum ini saya menggunakan perisian java TinyBooks dan walaupun tulisannya kecil, resolusinya rendah dan saya tidak tahu progress pembacaan saya, sempat juga saya habiskan beberapa buah buku menggunakan perisian ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...