20.6.11

Spook: Science Tackles The Afterlife

SAYA terjumpa buku ini secara kebetulan. Setelah membaca ulasan tentang buku ini yang agak bagus, saya cuba untuk membacanya. Saya tahu, buku ini tahyul dan mengarut, tetapi sekadar untuk membaca kebodohan orang barat saya fikir apa salahnya. Lagipun ada sesetengah ulasan mengatakan buku ini kelakar.

Tetapi malangnya saya tidak dapat menghabiskan buku ini. Semakin lama membacanya, semakin bodoh pula saya rasa. Sains dan kehidupan selepas mati adalah satu perkara yang sangat berbeza. Mana mungkin dapat dibuktikan? Dan apa yang saya paling takut ialah dalam keadaan iman saya yang sememangnya lemah ini, saya takut jika syaitan meniupkan debu-debu was-was dalam hati saya. Jadi saya fikir apa yang terbaik untuk saya ialah tutup buku ini dan cari buku lain.

Satu sahaja soalan saya untuk Mary Roach : Mungkin sains boleh membuktikan hampir setiap perkara, tetapi apa yang boleh membuktikan sains?

Menonton pidato Zakir Naik di Youtube lebih meneyeronokkan dan menambahkan iman.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...