4.6.13

Karya Pertama (Yang diterbitkan)!

SAYA teragak-agak untuk menghantar cerpen saya ke mana-mana penerbit kerana tidak yakin ada sesiapa yang suka membacanya. Ini kerana saya mempunyai satu kecenderungan yang sukar dimengertikan untuk menulis cerita-cerita yang pelik. Mungkin kerana banyak membaca cerita-cerita dari Stephen King dan Bentley Little. Apapun, saya memang tidak suka menulis cerita cinta dan membaca cerita cinta. Bukan kerana subjek cinta itu yang saya tidak suka, tetapi kebanyakan cerpen/novel cinta di Malaysia ditulis dalam bahasa yang sangat cheesy menyebabkan kulit kepala saya rasa gatal apabila membacanya.

Jadi apabila Ilham Karangkraf bersedia menerbitkan cerpen saya dalam bentuk antologi, saya memang terkejut. Dalam antologi itu, hanya cerpen saya yang tidak menggunakan tema cinta. Jadi saya mula berfikir, adakah saya perlu jual jiwa saya kepada karya cinta pula selepas ini untuk meningkatkan kebarangkalian karya saya diterbitkan?

Terima kasih kepada Ilham Karangkraf yang berani membuka peluang kepada penulis baru dan terima kasih kepada isteri kerana sentiasa menyokong.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...