18.3.13

STPM

TAHUN lepas, saya mengambil keputusan untuk menduduki peperiksaan STPM. Peperiksaan itu memberikan saya suatu mixed feeling. Kadang-kadang saya merasakan saya telah melakukan satu perkara yang sangat bagus untuk diri sendiri (mungkin kerana berani mencuba walaupun usia sudah agak lanjut), kadang-kadang pula saya merasakan yang saya telah bazirkan masa saya selama setahun sebagai persiapan untuk menghadapi peperiksaan ini.

Ini kerana apabila ada sesuatu yang terlintas di fikiran - seperti idea untuk menulis, atau melukis, atau apa-apa sahaja - saya akan matikan ingatan itu dan berfikir, oh lebih baik aku study. Tapi apabila mula mengadap buku, kepala mula menerawang memikirkan perkara lain. Begitulah selalunya selama setahun itu. Saya hanya mengambil peluang untuk study ketika minggu-minggu terakhir peperiksaan dan percayalah, otak yang sudah lemah, anak-anak yang aktif, badan yang penat dan waktu yang singkat bukanlah kombinasi yang terbaik untuk mengulangkaji pelajaran.

Saya juga tidak ada tujuan khusus kenapa saya mengambil STPM. Mungkin untuk kenaikan pangkat yang saya rasa sangat mustahil, atau peluang untuk menyambung pelajaran. Ya, itulah yang selalu saya ucapkan pada isteri saya; STPM ini sebagai satu benchmark kepada saya adakah saya masih mampu untuk menyambung pelajaran. Tetapi dengan mengambil kira waktu setahun itu sebagai aras penunjuk, yakin saya katakan yang saya memang tidak mampu untuk menyambung pelajaran lagi. Stress nyatalah bukan sahabat terbaik jika umur kita sudah melepasi 30 tahun. Jadi saya hanya anggap STPM ini sebagai satu escapisme di fikiran saya untuk bermimpi yang kerja saya ini bukanlah satu dead-end job dan saya masih lagi mempunyai peluang walaupun di bidang apa sekalipun. Ah, tidak salah untuk bermimpi.

Namun saya juga berbangga (walau seteruk mana pun result yang akan keluar nanti) kerana saya telah meletakkan satu tanda pada diari kehidupan saya yang saya telah melakukan sesuatu yang berbeza pada tahun itu. Pengalamannya sangat berharga. Saya masih ingat lagi perasaan saya sangat malu dan rendah diri pada hari pertama menghadiri peperiksaan. Saya yang paling tua di dewan peperiksaan itu! Walaupun ada beberapa calon bebas yang lain, tetapi mereka semuanya dalam lingkungan kurang 21 tahun. Cubaan saya untuk berborak dengan seorang guru lelaki sebelum masuk ke dewan peperiksaan juga nampaknya dipandang dingin oleh guru tersebut. Malah saya juga diherdik apabila saya bertanyakan yang adakah saya boleh duduk di mana-mana tempat duduk. "Mana boleh!" jawabnya. "Kan setiap kerusi tu ada angka giliran pelajar. Kamu carilah angka giliran kamu."

Ugh.

Ada juga guru yang baik dan peramah, yang membantu saya apabila ada masalah berkenaan kertas jawapan dan soalan. Apabila saya meminta maaf kerana menggangunya, dia hanya menjawab, "tidak apa. Biasalah tu. Dah lama tak ambil peperiksaan, kan." Saya hanya tersenyum.

Ada suatu ketika saya terasa hendak membuang air, entah kenapa saya terus meluru kearah seorang guru dan bertanya, "CIKGU, KAT MANA TANDAS?" Semua orang memandang ke arah saya, ada yang tersenyum kambing. Bagaimana saya lupa  yang sekarang saya sedang menduduki peperiksaan penting bagi pelajar tingkatan 6. Suara yang sedikit kuat sudah tentu mengganggu tumpuan mereka. Rasa bersalah pula.

Apa yang pelik, ketika menjawab peperiksaan, saya langsung tidak rasa tertekan. Saya hanya rasa tertekan SEBELUM peperiksaan. Samada soalah itu dapat saya jawab atau tidak, saya hanya akan terus menulis dan terus menulis. Jika tiada idea untuk menulis, saya akan melukis. Yup, melukis. Biasanya saya akan lukis anak saya memohon simpati untuk memberikan saya markah lulus. HAHA. Harap pemeriksa tak upload lukisan tu dalam facebooknya.
...lebih kurang beginilah contengan saya pada kertas jawapan... :)

Dan ada juga beberapa kertas yang saya keluar awal. Bukan sebab pantas menjawab, tapi kerana langsung tiada clue tentang beberapa soalan yang diberikan. Ketika bertanyakan kepada seorang guru yang berjanggut lebat adakah saya boleh keluar awal :

Saya yang nak keluar awal : Psst, cikgu, boleh saya keluar awal?
Cikgu yang berjanggut lebat : Dah jawab semua ke?
Saya yang nak keluar awal : Dah, cikgu.
Cikgu yang berjanggut lebat : Kalau dah, bolehlah nak keluar pun. Duduk kat dalam ni pun bosan juga.
Saya yang nak keluar awal : Terima kasih, cikgu. Sorrylah saya keluar awal ni.
Cikgu yang berjanggut lebat : Ish, takde masalah punya. Saya dulu pun keluar awal juga.
Saya dan Cikgu : HAHAHAHAHAHA

Ketika itu, sekali lagi semua pelajar yang sedang khusyuk menjawab soalan memandang ke arah kami. Saya terus ambil alatulis dan terus keluar. Sangat janggal rasanya.

Selepas tamat peperiksaan, saya hanya menyambung kerja seperti biasa. Tiada celebration, tiada sesi release tension whatsoever. Cuma saya berjanji kepada diri sendiri yang saya akan lebih berusaha besungguh-sungguh untuk menjadi bapa yang baik, pekerja yang baik dan suami yang baik. Saya juga ingin merajinkan diri untuk menulis, melukis dan terus menambah ilmu walaupun secara tidak formal.

Mungkin peperiksaan itu ada juga memberi saya sedikit kesan positif, after all.

Hari ini, saya menerima result STPM saya dan ini ialah keputusan penuhnya:

Pengajian AM = B
Bahasa Melayu = B
Sejarah = B+
Pengajian Perniagaan = B-

Apa yang boleh saya katakan ialah, mungkin keputusan ini tidak secemerlang pelajar lain, tetapi bagi seorang bapa 4 anak yang mencuri-curi masa untuk mengulangkaji, i'm damn proud of myself.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...