18.2.13

RM7,000.00 Camera?

SEORANG rakan bertanyakan pendapat saya untuk memilih samada membeli kamera yang berharga RM7k atau RM5.5k. Saya dengan pantas menjawab 'belilah yang berharga RM7k'. Ini kerana spec yang saya lihat bagi kedua buah kamera itu sangat jauh bezanya, jadi walaupun jumlah perbezaan harganya adalah sama dengan harga sebuah kamera lain yang tidak kurang kemampuannya, saya tetap menyarankannya membeli kamera yang lebih mahal. Tetapi jauh di sudut hati, saya menyarankannya adalah kerana dia MAMPU. Jika dia membeli kamera yang berharga RM5 ribu, tidak mustahil 6 bulan dari sekarang dia akan membeli kamera yang berharga RM7 ribu pula. Jadi sebenarnya saya menolongnya secara tidak langsung. :)

Tetapi saya sebenarnya sudah lama hilang ghairah terhadap kamera DSLR. Jika dahulu, ketika DSLR mula dijual, saya sangat seronok kerana memikirkan yang saya tidak perlu mencuci gambar setiap kali ingin melihat hasil kerja sendiri. Tetapi sekarang orang melihat kamera bukan lagi sebagai alat seni, tetapi sebagai gadjet elektronik seperti iPad dan PS3. Jika DSLR dijadikan gadjet elektronik, sudah tentu ia tertakluk kepada Moore's Law yang akan menyebabkannya ketinggalan zaman setiap 6 bulan.

Sekarang saya lihat DSLR sebagai alat yang membebankan. Apabila menggunakan DSLR, saya akan semakin kurang mengambil gambar. Memang leceh untuk mengusung DSLR ke sana ke mari sedangkan dalam mengambil gambar, timing adalah penting. Saya bercakap tentang casual amateur photographer (seperti saya) bukan profesional.

Hanya dua kelebihan DSLR yang saya rasa masih rindui iaitu bokeh dan zoom. Selebihnya seperti ISO, cmos yang lebih besar, lebih megapixel, dan sebagainya, saya tak rindui sangat kerana bagi seorang casual photographer seperti saya, subjek yang menarik lebih menarik perhatian saya. Jadi saya rasa, high-end compact camera lebih sesuai untuk saya berbanding DSLR yang besar dan berat. Sudah tentu, perkara yang sama diutarakan oleh rakan saya tadi. Adakah patut dia membeli high-end compact camera sahaja? Saya hanya memberinya beberapa petunjuk sahaja, selebihnya terpulang pada obsesi dan tujuannya.

Ada perkara yang menghairankan saya, jika kita membeli DSLR yang berharga RM6000 (dan lens yang berharga RM4000), mengapa kita masih mengedit gambar yang kita ambil berjam-jam?

Gambar di bawah ini saya ambil dengan telefon Sony Ericsson buruk saya. Sudah tentu kualitinya tidak setanding DSLR yang berharga RM6000, tetapi saya seronok melihat hasilnya. Bukankah itu yang kita cari dalam mana-mana hobi? Keseronokan?


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...