23.6.12

Loyalist Or Loser?



Ada orang pernah berkata, lebih baik mempunyai seorang kawan yang betul-betul rapat daripada mempunyai ramai kawan yang sekadar kawan biasa sahaja.

Saya tidak mempunyai ramai kawan. Sejak dari dahulu saya begitu. Bukan saya tidak mahu mencari rakan yang popular dan dikenali, tetapi entah kenapa, saya end up berkawan dengan kawan yang pelik. Mungkin kerana nature saya yang juga pelik. Ketika di sekolah, saya lebih suka berkawan dengan kaki komik dan kebanyakan masa kelas dihabiskan dengan melukis kartun. Tidak, kami tidak melukis sepanjang masa. Kami hanya melukis ketika guru mengajar.

Sehingga sekarang, saya masih lagi sukar untuk mencari kawan baik. Malah lebih teruk lagi kerana umur yang menginjak dewasa menyukarkan saya untuk express diri saya yang sebenarnya. Tentu pelik sekali jika saya mula bercakap tentang 'sound paint' atau 'episod-ke-berapa-kakashi-mati' (sekadar contoh :)). Jadi kebanyakan kawan baik saya masih lagi yang berhubung ketika zaman kolej dahulu. Ada juga yang ditemui ketika waktu bekerja, namun terpaksa berpindah pula.

Namun begitu, saya sangat bertuah kerana kawan baik saya yang walaupun bilangannya hanya boleh dihitung dengan jari sebelah tangan sahaja, adalah rakan yang terbaik di dunia. Saya boleh bercakap dari muzik ke movie, dari manga ke photography, dari buku ke politik, dari syiah ke wahabi dan sebagainya. Ah, bukankah saya sudah katakan, kawan saya yang terbaik di dunia?

Bagaimana pula kata Nabi kita tentang kawan baik ini?

Sabda Nabi, “Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah..."

Hadisnya panjang. Ada tujuh golongan semuanya. Namun petikan yang saya ambil cukup untuk membuatkan kita menghargai kawan baik kita.

Selamat berjuang, sahabatku.

2 comments:

  1. macam tergantung aje cerita paklang ni..ingatkan ada nk bagitau sape kawan baik tadi..rupa-rupanya habis di situ saje..

    ReplyDelete
  2. @SungkilKorem,

    Psikologi penulisan memang camtu. Ending cerita saja dibiarkan tergantung untuk memancing tanda tanya para pembaca yg suka berimaginasi... hehehe.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...