Ketika bersembang dengan abang saya, dia mula bercerita tentang extension tube dan kelebihannya dan yang paling penting, murah. Saya mula google di internet dan mendapati harganya juga tidak murah. Mungkin dalam 4-5 ratus. Saya tanya abang saya balik, dan katanya, beli yang 'made in china - no brand' sudahlah. Cuma 40 Ringgit! Saya terkejut. Dengan segera saya menyuruhnya membelikan satu untuk saya.
Ketika saya berpeluang ke rumahnya baru-baru ini, dia menghulurkan kotak kecil berbalut cantik (yang setelah ditanya, dibalut oleh anaknya). "Hadiah hari jadi kau," katanya.
Saya hanya tersenyum. Mulut tidak berhenti berterima kasih. Dalam hati tidak sabar ingin mencuba.
Sampai di rumah, saya terus menyambungkan extension tube kepada kit lens saya. Tidak jadi! Hanya 'error' yang terpampang pada skrin. Saya pulas tombol pada 'M', boleh pula. Tetapi gambar terlalu gelap. Boleh snap, tetapi tidak nampak apa-apa. Saya google lagi untuk mencari apa masalahnya. Saya dapati :-
- Extension tube versi china ini tidak ada contact point whatsoever. Jadi semua aktiviti lens terpaksa disetkan secara manual. Ini termasuklah aperture yang mana tidak boleh dilakukan dengan lens baru.
- Jadi sebelum kita detach lens tersebut dari camera, setkan dulu aperture dia kepada kehendak kita, f11 atau f3.8 atau sebaliknya. Malangnya cara ini hanya boleh dilakukan dengan lens Canon. Bagi lens Nikon, apabila lens ditanggalkan, aperture secara automatik tertutup kepada f22.
- Untuk gambar macro, f22 adalah ideal, namun yang menjadi masalahnya, viewfinder menjadi gelap dan menyukarkan fokus (manual fokus tentunya) dan mengambil gambar.
- Jika anda boleh terima kenyataan itu, bolehlah mencuba extension tube yang dimaksudkan dengan harga RM40.
Setelah beberapa ketika bermain dengan setting, saya akhirnya berjaya mengambil gambar yang saya kira sangat berpuas hati (sekurangnya bagi sesuatu yang harganya RM40!). Walaupun murah, ini adalah hadiah terbaik yang saya terima.
salam.
ReplyDeleteEn_Kerani, terima kasih di atas review mengenai ext tube yg telah lama saya tunggu2.
Cukup mengujakan! :)
Aidura, saya rasa kamu juga pengguna Len AF dan AF-S Nikon. Jika kamu ingin mencuba, hati-hati.
ReplyDeleteSaya tidak tahu apa rasionalnya nikon membuatkan aperture lens mereka tertutup apabila dipisahkan dari lens.
@En_Kerani, mungkin ext tube ni lebih sesuai untuk full frame dslr.
ReplyDeletebtw, mekasih byk2 di atas review. :)