14.12.11

10 Muharram yang saya tahu

     APA yang saya tahu tentang bulan Muharram selama 30 tahun ini nampaknya tidak banyak. Yang saya tahu hanyalah melibatkan cuti pada 1 Muharram dan bubur assyura yang dapat dinikmati. Malangnya saya. Sedangkan bulan Muharram merupakan bulan yang paling istimewa kerana banyak peristiwa bersejarah yang berlaku pada bulan ini.

    Saya tidak mahu menyatakan satu persatu peristiwa istimewa tersebut kerana mudah dicari. Antaranya mungkin kita sudah biasa mendengarnya seperti: Nabi Adam diampunkan pada 10 Muharram, hari kemenangan Nabi Musa, hari dijadikan Adam dan Hawa, hari Nabi Isa diangkat ke langit dan sebagainya.
 
   Namun, yang penting, hari ini kita disunatkn berpuasa.

"Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam), maka Allah akan memberi kepadanya pahala sepuluh ribu malaikat dan juga akan diberi pahala sepuluh ribu orang berhaji dan berumrah dan sepuluh ribu orang mati syahid. Dan sesiapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Asyura, maka Allah akan menaikkan dengan tiap anak rambut satu darjat. Sesiapa yang memberi buka puasa pada semua umat Muhammad saw dan mengenyangkan perut mereka."

   Dan yang paling saya ingat ialah, 10 Muharram merupakan hari di mana cucunda nabi kita Muhammad s.a.w dibunuh dengan kejam di padang Karbala. Kepala baginda Husin dipancung dan tangannya dipotong. Saya tidak tahu jika ada di antara kita yang tidak merasa sedih membaca kisah ini, tetapi saya tahu, ada yang tidak berpuas hati jika ada di antara kita yang MEMPAMERKAN rasa sedih pada 10 Muharram ini.


       Buku ini saya sudah baca berkali-kali dan ketika sampai kepada bahagian baginda Husin dibunuh, dada saya masih lagi sesak, hati saya masih lagi sebak seolah baru membacanya buat kali pertama. Jika kamu ada menjumpai buku ini di mana-mana, beli dan bacalah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...