22.8.11

Kempen Solat

PELIK apabila memikirkan ada sahabatku yang meminati tok guru dan mengidolakan ulama tetapi malas solat. Mereka menuntut pemerintahan yang adil tetapi pada masa yang sama tidak adil kepada keperluan rohani kerana tidak solat. Mereka juga sama-sama bencikan pemerintah yang zalim tetapi pada masa yang menzalimi diri sendiri dengan tidak bersolat.

Ketika orang kafir sentiasa tercari-cari cara untuk menyerahkan jiwa raga mereka pada Tuhan Pencipta, kita yang sudah diberi guideline ini pula sewenang-wenangnya meninggalkan solat. Adakah solat itu tidak cool? Adakah solat untuk orang tua sahaja? Adakah solat untuk orang yang berjubah, berserban dan belajar di Sekolah Tahfiz sahaja? Adakah apabila kita bersolat kita sudah tidak boleh bersukan? Adakah apabila kita bersolat kita sudah tidak boleh berseluar jeans? Dan mengulangi soalan pertama tadi; Adakah apabila kita bersolat kita sudah tidak cool?

Aku terfikir juga, alangkah bagusnya jika kerajaan giat mengadakan Kempen Merakyatkan Solat. Maksudnya supaya solat tidak dianggap satu aktiviti orang tua yang boring yang tidak melakukan apa-apa selain daripada pergi ke masjid. Sebaliknya solat itu untuk SEMUA!

Dalam TV Al-Hijrah baru-baru ini aku ada melihat satu majlis anugerah TV luar negara yang memberi penghargaan kepada syarikat-syarikat pengiklanan yang membuat kempen mengingati Rasulullah. Alangkah bagusnya jika Malaysia, sebuah negara (yang dikatakan) Islam ini juga melakukan perkara yang sama dan kempen pertama yang paling sesuai tentulah Solat Untuk Semua, atau Solat Itu Cool, atau nama-nama lain yang difikirkan sesuai. Bukankah bab-bab penjenamaan ini, pemimpin kita yang paling handal?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...