11.5.11

Kita sama kita


DATO LAT memang seorang pemerhati dan kartunis yang genius. Ketika berjalan-jalan di MPH Alamanda tempohari, aku terbelek kartun ini. Malang sekali, duit yang dibawa tidak mencukupi untuk membeli buku / komik ini walaupun harganya agak murah iaitu RM14.90 sahaja. Aku hanya mampu menangkap gambar kartun terbabit. Malang sekali lagi, kamera pada telefonku juga sudah sangat uzur dan ketinggalan zaman.

Kisahnya tentang dua orang sahabat yang berjumpa di Indonesia dan berbual sesama sendiri dan menimbulkan kehairanan pada pembantunya seorang warga Indonesia.
Antara dialog yang kukira sangat berkesan ialah:

Apa... orang Malaysia sesama sendiri omong Bahasa Inggeris, Ya, Pak?

Patutlah orang Indonesia selalu berkata yang Malaysia ketinggalan 10 tahun berbanding negara mereka. Mereka sudah mula memartabatkan bahasa mereka, kita masih menggunakan bahasa penjajah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...