11.5.11

Kenapa saya sudah lama tidak update blog.

Kadang-kadang aku terfikir juga, kenapa aku perlu ada blog, kenapa aku perlu ada akaun facebook dan sebagainya. Adakah ada orang yang ingin membaca sesuatu yang aku tulis, lukis atau paparkan. Adakah kewujudan blog hanya akan membenarkan lagi teori Freud yang menyatakan keinginan manusia yang paling utama sekali adalah untuk menjadi penting?

Jadi kenapa aku menulis di blog? Jawapannya boleh dikatakan sebagai satu disiplin diri supaya aku rajin menulis (secara touch type tentunya). Aku juga mahu jadikan blog ini sebagai taman permainanku untuk melukis, menulis dan berkarya sebagai satu escapisme setelah otakku beku seharian bekerja sebagai seorang kerani.

Ada orang kata, menulis blog, update status di facebook dan tweet di twitter adalah seperti memancing. Kita akan tertunggu-tunggu adakah akan mendapat komen dari orang lain. Nikmat mendapat komen, nikmat mendapat tahu penulisan kita dibaca dan nikmat apabila status kita diambil berat adalah sama dengan nikmat mendapat ikan ketika memancing.

Adakah seronok jika kita menulis tetapi tiada sesiapa yang membacanya? Seorang rakan di Goodread, pernah menulis, 'Better to write for yourself and have no public, than to write for the public and have no self.' Jadi boleh dikatakan, menulis untuk diri sendiri juga memberi kepuasan kepada diri sendiri walaupun tiada sesiapa yang sudi membaca. Jadi, kenapa aku masih malas untuk mengemaskini blog?

Setelah difikir-fikir dan diteliti, oh rupanya alasannya mudah sahaja, aku ada penyakit yang dinamakan MALAS.

1 comment:

  1. salam.

    teruskan mencatat meski untuk diri sendiri cuma. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...