26.11.10

Apabila DSLR menjadi alat 'geek'.

INGATKAH kita ketika kamera SLR merupakan sebuah peralatan mewah dan hanya digunakan oleh profesional dan kaya sahaja? Waktu itu, harga kamera sangatlah mahal tetapi apa yang membuatkannya lebih eksklusif adalah kerana running costnya lebih mahal lagi. Mahu mengambil gambar? Belilah filemnya dulu. Mahu mencuci gambar? Cucilah satu roll, tiada option untuk kamu memilih.

Jadi kita semua terhad kepada kamera kompak yang biasa kerana kebarangkalian untuk membuat kesilapan amatlah rendah. Acu dan tekan sahaja. Sebab itulah ia dipanggil point and shoot camera atau PNS.

Sekarang ini teknologi digital sudah berkembang menyebabkan DSLR tidak lagi menjadi produk eksklusif  golongan tertentu tetapi sudah menjadi produk mampu milik. Harganya semakin hari semakin murah dan teknologinya semakin hari semakin canggih.

Mereka yang dahulunya takut-takut untuk bermain-main denga setting kamera kerana bimbangkan hasilnya tidak menjadi sudah boleh belajar teknik-teknik mengambil gambar tanpa perlu risau tentang kos mencuci gambar.

Namun hari ini, DSLR bukan sahaja menarik minat pencinta fotografi tetapi juga menarik minat pencinta gedjet. Dengan rekabentuknya yang stylo dan fungsinya semakin mudah dikendalikan, maka berlumba-lumbalah pencinta gadjet ini membeli model-model terbaru untuk disangkutkan ke leher mereka atau lebih teruk lagi, dipamerkan di atas bookshelf.

Mereka tidak bercakap tengtang seni mengambil gambar, tetapi bercakap tentang keupayaan kamera mereka. "ISO 3200? Boleh jalanlah. Kamera aku ISOnya mencecah 64000. Ambik gambar orang kulit hitam waktu tengkujuh sebelah malam pun takde hal punya." Begitulah biasanya kata-kata mereka. Mereka yang sepatutnya berlumba-lumba mengambil gambar lebih suka berlumba-lumba membeli kamera yang lebih canggih untuk bersaing antara satu sama lain.

Apakah kesannya terhadap alam sekitar? Hampir tiada, tetapi kesannya kepada jurugambar-jurugambar profesional memang ada. Begini, DSLR walaupun secara kasarnya sudah turun harga, tetapi jika setiap kali ada model baru keluar, kita ingin membelinya, ia memang melibatkan kos jangka panjang yang tinggi. Itu belum lagi termasuk dengan lensa, flash dan aksesori lainnya. Jadi pengumpul-pengumpul gajet ini sedar yang mereka memerlukan duit untuk terus up to date dengan model terkini. Jadi cara yang paling mudah untuk mendapatkan duit ialah dengan cara menjadi 'freelance wedding photographer'.

Ketika inilah sikap mereka mula menjengkelkan fotografer profesional. Mereka akan meletakkan harga yang luar biasa murah untuk menarik perhatian pelanggan kerana mereka tidak perlu risau tentang margin keuntungan yang kecil kerana mereka sudah ada kerja tetap, tidak seperti fotografer profesional tadi.

Hendak mengenali mereka mudah sahaja. Mereka biasanya menggunakan setting 'Auto' atau 'P' ketika mengambil gambar dan gambar-gambar yang terhasil biasanya sudah di-edit dengan begitu dasyat sekali. Mereka juga akan berbaris selama 6 jam ketika pelancaran iPhone 4 dan menggunakan 'Live View' ketika mengambil gambar.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...