23.11.10

Jangan jadi kerani!

Disebabkan oleh bebanan kerja yang banyak, saya dan beberapa rakan kerani selalu berbincang (baca : bersembang) tentang kemajuan kerjaya kami. Sudah tentu, perbincangan kami yang biasanya berlangsung pada waktu minum pagi selama 15 minit itu akan berlanjutan kadang-kadang hingga ke setengah jam atau lebih. Namun atas dasar ingin mengembangkan kerjaya, kami tetap teruskan juga perbincangan kami di kantin jabatan itu.

Antara penemuan yang kami dapat ialah :

  • Gaji kerani hanya beberapa ringgit berbeza dengan gaji seorang Pembantu Am Rendah, tetapi seorang PAR tidak mempunyai tanggungjawab yang besar seperti seorang kerani.
  • Gaji kerani sangat jauh bezanya dengan gaji seorang Pembantu Pegawai Tadbir, namun diakui seorang PPT memang mempunyai tanggungjawab yang lebih besar daripada kerani.
  • Tetapi seorang PPT biasanya akan menyuruh/menyerahkan kerjanya kepada kerani membuatkan tanggungjawab kerani dua kali lebih berat berbanding seorang PAR.
  • Kerani juga tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan PAR membuat kerja kerani itu mahupun kerja PAR itu sendiri.
Kesimpulannya, jika kamu berkeinginan untuk kerja dalam sektor kerajaan, jangan jadi kerani! Jadilah seorang Pembantu Rendah Awam yang grednya lebih rendah tetapi sangat kurang tanggungjawabnya ataupun seorang Pembantu Pegawai Tadbir yang grednya lebih tinggi dan memikul tanggungjawab yang lebih besar tetapi boleh menyerahkan kerjanya kepada orang bawahannya.

Like they always say, dont settle for mediocrity!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...