22.7.12

Pengaruh makan

Jika kita buat satu jadual dan kita ikuti jadual itu selama beberapa puluh tahun, sudah tentu kita akan berasa jemu. Kadang-kadang, kita juga mahukan cuti atau keringanan dalam mengikuti jadual tersebut. Tetapi tidak jadual makan! Kita akan mengikut jadual makan kita tanpa jemu walaupun sudah berpuluh-puluh tahun kita melakukan perkara yang sama. Waktu pagi kita akan mencari sarapan, waktu tengahari kita akan mencari makan tengahari dan begitulah seterusnya. Tidakkah kita merasa jemu hinggakan kita pernah terfikir untuk skip makan untuk hari itu?

Makan mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam kehidupan kita hinggakan banyak perkara yang mempengaruhi perhubungan kita dengan manusia lain sebenarnya dipengaruhi oleh makan. Berjumpa kawan lama? Belanjalah dia makan. Balik ke kampung? Belilah makanan. Mahu entertain client? Belanjalah makan besar. Tengok orang sakit? Bawalah makanan. Pergi bercuti? Jangan lupa makanan. Begitulah hebatnya pengaruh makan dalam kehidupan kita.

Apabila ada orang mengatakan 'hidup ini untuk makan, bukan makan untuk hidup', kita akan marah. Tetapi tanpa kita sedari, itulah hakikat sebenar kehidupan kita. Hidup untuk makan.

Hubungan suami isteri boleh jadi renggang jika isteri tidak pandai memasak, hubungan persahabatan boleh jadi renggang jika kita susah untuk belanja makan (tetapi tidak susah untuk makan jika dibelanja). Tanyalah pula mana-mana anak apakah yang paling diingati tentang ibu mereka, jawapannya tentu 'masakan ibu'.

Masa juga dirasakan semakin pendek disebabkan waktu makan. Waktu pagi di jabatan kerajaan biasanya terpaksa ditolak satu jam untuk minum pagi. Jika ke surau atau masjid pada waktu zohor, kita akan berlumba-lumba keluar awal atas alasan meluangkan masa untuk makan. Pendek kata, semua perkara yang kita lakukan adalah berdasarkan priority perut kenyang dahulu, barulah perkara lain boleh menyusul.

Ajaib sekali, jika kita berpuasa, kita akan dapati keutamaan itu akan berubah dan masa akan semakin panjang.

Sempena Bulan Ramadhan ini, saya mengucapkan selamat berpuasa!

1 comment:

  1. salam. terima kasih di atas perkongsian info.

    selamat beribadah d bulan ramadhan.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...