14.2.12

Android in the house

 SEORANG rakan saya yang merupakan seorang peminat tegar produk Apple pernah mengungkap kata-kata seorang spekulator di Wall Street yang mengatakan Android akan hilang di pasaran tidak lama lagi dan iOS akan semakin kukuh. Saya katakan kepada rakan saya itu, tidak. Sekurang-kurangnya tidak di Asia. Di asia, atau mana-mana negara membangun yang lain, kita mengharapkan kepada android untuk dapat merasai sedikit 'sentuhan' masa hadapan, iaitu Tablet PC.

Status android sebagai OS percuma membolehkan ia diisi kedalam mana-mana device sesentuh. Maka bercambahlah Tablet PC buatan china yang sangat murah dan mampu milik untuk golongan yang tidak mampu membeli iPad - golongan kerani misalnya.

Seperti juga golongan lain yang tidak mampu, pilihan saya terhad kepada tablet PC keluaran china. Namun begitu, saya akan pastikan yang tablet saya itu berkelajuan sekurang-kurangnya 1GHz, RAM 512mb dan mempunyai skrin kapasitif. Disitulah saya bertemu dengan Onda VX610W dan hati saya terus terpikat.


Saya menonton movie pada tablet saya dan saya dapati ia menggunakan 30% battery untuk 1 movie. Ini bermakna untuk sekali cas, saya boleh menonton 3 movie. Agak bagus bagi sebuah tablet buatan china.


Playtales. Satu aplikasi yang sangat bagus saya kira kerana menjadikan aktiviti membaca sesuatu yang menarik minat kanak-kanak semula. Sekarang ini untuk menarik minat kanak-kanak membaca adalah sesuatu yang mencabar dek kerana godaan video game. Playtales memberi pengalaman membaca yang interaktif disertai muzik yang sesuai dan narator yang bagus. Sayangnya buku maya yang dijual agak mahal (dari 1.99 pound hingga 4.99 pound) menyebabkan saya hanya mempunyai 2 buah buku sahaja. Kedua-duanya diberi percuma!


Salah satu sebab saya membeli tablet - untuk membaca manga dan komik. Sebelum ini, membaca manga scan di skrin komputer sangat meletihkan. Sekarang saya boleh membacanya dengan santai. Applikasi yang bagus adalah Comic Reader Mobi kerana ia mempunyai satu sistem untuk zoom dialog box. Bijak!




Saya juga mempunyai penyakit seperti sesetengah orang yang tidak boleh tidur tanpa membaca sesuatu. Jadi saya gunakan tablet ini untuk membaca ebook tanpa lampu yang mengganggu si isteri. Reader yang saya sarankan ialah Mantano Reader kerana ia dapat render fail pdf dengan bagus sekali.

Seperti kata sesetengah orang, tablet pc atau e-book reader membolehkan kita menyimpan buku dengan banyak dan membacanya pada bila-bila masa, sayang sekali sekarang kita sudah tidak mempunyai masa untuk membaca kerana kita sudah mempunyai internet. Ditambah pula dengan godaan bermain game - Angry Birds misalnya. Jadi, koleksi ebook kita hanya menjadi satu koleksi semata-mata.

2 comments:

  1. encik-kerani,

    terima kasih untuk sebuah review yg mantap mengenai android dan tablet pc.

    teruskan ya.

    ReplyDelete
  2. Huhuhu..ini sungguh menarik..teringin jgk nk rembat ipad or galaxy tab barang seketul dua..tp duit? sobsob..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...