15.6.11

Sepetang di pantai



JIKA anak saudara yang kebanyakannya sudah teruna itu datang ke rumah, memang inilah aktiviti wajib mereka; bermain ombak di pantai. Biasanya kami pergi pada waktu pagi hingga ke tengahari, tetapi kali ini, ada jamuan makan pula di rumah, jadi pada waktu petang sahajalah yang berkesempatan. Saya mengambil peluang itu untuk mengambil beberapa keping gambar. Sesampainya di rumah, azan maghrib sudah berkumandang dan leteran ibu dan isteri pula yang menanti. Tetapi itu bukanlah salah saya. Mereka bertiga ini jika sudah bermain air, payah sekali untuk naik ke darat. Setelah dimomokkan dengan sumpahan jin laut pada waktu maghrib barulah mereka mula naik.

*D40 + kit lens + a little touch up with mr. photoshop

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...