18.5.11

Cerita sebelum tidur

MASA aku kecil dulu, abang aku selalu bercerita sebelum tidur. Daripada dialah aku kenal fairytales dan daripada dia jugalah aku jadi minat membaca. Macam-macam cerita yang dia cerita kat aku tetapi kebanyakannya aku dah lupa. Antara yang aku ingat ialah 'Angsa yang bertelur emas' dan 'Jack dan pokok kacang'. Namun begitu, beberapa tahun selepas itu, dia ada mengakui yang dia membacakan cerita kepadaku sebelum tidur kerana ada sebabnya yang tersendiri, tetapi itu mungkin boleh tulis dalam entry lain kali. ;)

SETELAH aku sendiri mempunyai anak. Aku pun ingin melakukan perkara sama kepada anakku. Mungkin dengan cara ini anak-anakku mula minat untuk membaca. Namun begitu setakat ini hasilnya tidaklah berapa menggalakkan. Mungkin mereka lebih dahulu dikenalkan kepada TV sebelum dikenalkan kepada buku.

Akan... terus... berusaha...

2 comments:

  1. @en_kerani, gambatte. teruskan berusaha ye utk menanam minat membaca di jiwa mereka.

    ReplyDelete
  2. @en_kerani, keep on jotting.

    perlu istiqamah dalam melakukan sesuatu. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...