6.12.10

Graduan 'ulat buku' tidak ke mana.

Graduan 'ulat buku' tidak ke mana' - Hairan Metro.
...tiga kelemahan nyata mahasiswa di institusi pengajian tinggi ialah kemahiran komunikasi yang lemah, sikap tidak pandai membawa diri di kalangan masyarakat serta pemikiran kurang kritikal...



KENAPA mahu disalahkan ulat buku pula? Sudahlah rakyat 1malaysia memang kurang membaca dan aktiviti membaca pula dianggap tidak cool (tidak seperti aktiviti shuffle atau merempit), sekarang kita momokkan pula dengan penyataan yang ulat buku tidak ke mana.

Sepatutnya mereka (orang surat khabar) menggunakan tajuk yang lebih sesuai seperti 'Graduan yang membaca buku teks semata-mata dan membodek pensyarah sahaja tidak ke mana'.

Ironiknya, tiga kelemahan mahasiswa yang mereka nyatakan itu adalah kerana TIDAK membaca. Bukannya kerana terlalu banyak membaca buku!

Kemahiran komunikasi yang lemah - Bagaimana mereka mahu berkomunikasi. Lantunan suara mereka tawar, lemah dan tidak berisi dek kerana tidak membaca. Kalau bersembang di kedai mamak sambil melayan EPL bolehlah. Lagipun hendak berkomunikasi dengan siapa? Dengan cara apa? Sudah lupakah dengan AUKU? Mahasiswa 1malaysia memang diajar untuk mempunyai kemahiran komunikasi yang lemah kerana bimbang mereka akan bangkit.

Sikap tidak pandai membawa diri di kalangan masyarakat - Ini juga bersangkut paut dengan kemahiran berkomunikasi. Kalau sudah tidak pandai berkomunikasi, bagaimana mahu bergaul dan membawa diri? Balik-balik bercakap tentang topik sama. Bola, facebook dan kereta modified. Tentu sahaja pakcik-pakcik di kampung tidak faham. Tetapi apabila pakcik-pakcik itu bertanya tentang penswastaan air di Selangor, scandal monsun cup di Terengganu dan beza antara Rowling dan Meyer, mereka cabut lari.

Pemikiran kurang kritikal - Duh! Sebab tidak membaca lah! Bukannya sebab ulat buku.

1 comment:

  1. Setuju.. Kurang baca di kalangan Mahasiswa membuatkan mereka kurang kritikal.. Masalah bermula dari sistem pendidikan di sekolah sebenarnya..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...